Sunday, 24 January 2016

NETIQUETTE (ADAP PENGGUNAAN INTERNET)

Netiquette merupakan etika dalam penggunaan internet. Setiap orang mestilah mengikuti segala etika dalam menggunakan internet demi kesejahteraan masyarakat. 

Pengguna internet haruslah mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:


  • Merosak dan mengancam keselamatandengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.
  • Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.
  • Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang kerana ianya dianggap sebagai gangguan.
  • Memuat naik, memuat turun serta menyimpan material, teks, imej atau bahan-bahan lain yang mengandungi unsur lucah.
  • Menyediakan, memuat naik, memuat turun serta menyimpan maklumat internet yang mengandungi penyataan fitnah atau hasutan yang mendorong kepada kerosakkan imej negara.
  • Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.
  • Memuat naik, memuat turun dan menyimpan bahan-bahan yang bercorak penentangan sehingga mengakibatkan huru-hara.
  • Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permaianan elektronik, video dan lagu.
  • Menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi.
  • Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas.
  • Menyebarkan kod perosak sepert virus, worm, trojan horse dan trap door yang menyebabkan kerosakkan sistem komputer lain.
  • Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 10 megabait yang mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer.
  • Menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet.

No comments:

Post a Comment